
Pemberitahuan Kepada Ahli KGSM Berkenaan E-Invois
Date 2025/7/9 10:03:00 | Topic: BERITA KGSM
| Tuan/Puan,
Kerajaan Madani telah melaksanakan sistem e-invois mengikut fasa, KGSM dalam kategori (RM5 -25 juta) fasa 3, iaitu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Sehubungan dengan itu, KGSM perlu menaikkan taraf perisian komputer serta maklumat tambahan ahli.
Bagi ahli-ahli KGSM yang memerlukan 'e-invoice' hendaklah memberi nombor TIN (Tax Identification Number) dan alamat e-mel mereka kepada KGSM untuk dimasukkan ke dalam sistem komputer(TCMS) KGSM.
Kami memohon kerjasama ahli untuk memberikan maklumat tersebut secepat mungkin.
Sila Whatssap maklumat ini ke telefon bimbit unit akaun KGSM
011-40799637.
Sekian, terima kasih.
DARIPADA: PENGURUSAN KGSM BHD.
|
|