Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL


Posted by admin on 2008/2/15 9:18:19 (896 reads)

ANGGOTA KGSM BHD. YANG TELAH DIKENAKAN TIDAKAN MAHKAMAH AKIBAT INGKAR MEMBAYAR BALIK PINJAMAN


DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
SAMAN NO: 2-52-3280-2006

Antara
KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA BERHAD

Plaintif

Dan
KHOO LAY SWEE

Defendan

NOTIS
Kepada:
KHOO LAY SWEE
NO. 7 Laluan Perajurit 12, Taman Riang, 31400 Ipoh


AMBIL PERHATIAN bahawa suatu tindakan telah dimulakan terhadap kamu dalam Mahkamah Sesyen Ipoh dalam Saman No. 52-3280-2006 oleh Koperasi Guru-Guru Sekolah Malaysia Berhad yang beralamat di No.67A & 69A Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh, dalam mana tuntutan Plaintif ialah untuk mendapatkan jumlah hutang sebanyak RM73,049.80 dan Mahkamah telah memerintahkan bahawa saman dan pernyataan Tuntutan di sampaikan kepada kamu dengan manampalkan satu salinannya beserta dengan satu salinan perintah penyampaian ganti di alamat kamu yang terakhir diketahui dan di papan Notis Mahkamah ini di Ipoh dan dengan mengiklankan satu Notis sekali dalam akhbar bernama "The Star" dan bahawa penampalan dan pengiklanan itu hendaklah menjadi penyampai yang sempurna dan cukup akan Saman tersebut kepada kamu 14 hari selepas pelaksanaan terakhir tindakan penampalan atau pengiklanan itu.
Dan selanjutnya ambil perhatian bahawa jika kamu berhasrat untuk membela dalam tindakan tersebut hendaklah hadir sama ada secara sendiri atau melalui peguambela kamu di hadapan Mahkamah Sesyen 2, Ipoh pada 16 haribulan Mac 2007 pukul 9.00 pagi. jika kamu ingkar hadir sedemikian, penghakiman boleh di berikan terhadap kamu.

Bertarikh pada 8 Februari, 2007.


t.t
Tetuan Vincent Hooi & Chan
Peguamcara bagi Plaintif


NOTIS
ini difailkan oleh Tetuan Vincent Hooi & Chan, peguambela dan Peguamcara yang beralamat di Tingkat 4, Avenue Ten, No. 8, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh.
(CSK/K 187/06/L/E)

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend