Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL




Muslim Bin Ahmad
Pengerusi KGSM Bhd.


Salam sejahtera,

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baharu 2020 dan salam ukhuwah kepada seluruh anggota KGSM Bhd yang terus memberikan kesetiaan terhadap KGSM Bhd. Saya berharap agar penerbitan Berita KGSM Bhd. ini dapat memberikan ruang kepada seluruh anggota untuk mengetahui perkembangan dan maklumat semasa berkenaan gerak kerja dan operasi KGSM Bhd.

Berpegang kepada prinsip KGSM Bhd wadah perjuangan anggota, maka pelbagai usaha telah mula digerakkan untuk memastikan kebajikan staf dan seluruh anggota terpelihara dan dipertingkatkan.

Sejajar dengan keiltizaman memacu gerak kerja KGSM Bhd yang lebih berdaya saing, ALK tanpa rasa malu dan prejudis sanggup untuk menerima pakai teguran dan cadangan idea yang bernas baik daripada perwakilan mahupun anggota dalam merealisasikan keutuhan kemajuan KGSM Bhd. Sehubungan dengan itu, saya menyeru seluruh anggota KGSM Bhd bersama-sama mengatur langkah sederap untuk merekrut anggota baharu KGSM Bhd. Para perwakilan juga diseru untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha menambah anggota baharu KGSM Bhd. Pihak ALK sendiri telah memulakan langkah proaktif menambah bilangan anggota baharu dengan pelbagai pendekatan. Antaranya, gerak turun padang ke sekolah di daerah Kinta, promosi keanggotaan baharu terus pinjaman mudah RM3000.00, cadangan lantikan ejen merekrut keanggotaan baharu, dan perkongsian pintar bersama kelab guru sekolah, bagi menambah bilangan anggota baharu KGSM Bhd.

Saya menyeru kepada seluruh anggota KGSM Bhd agar sama-sama berusaha untuk memantapkan dan memajukan KGSM Bhd. Harapan saya, marilah kita sama-sama membudayakan amalan berkoperasi dalam kehidupan kita. Oleh itu, berilah cadangan, teguran dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan kepada KGSM Bhd terutamanya semasa mesyuarat agung kawasan diadakan. Kehadiran tuan puan ke mesyuarat tersebut amat dituntut demi kelangsungan kecemerlangan KGSM Bhd. Untuk makluman semua, kita harus bersyukur dan berasa bangga sebagai anggota KGSM Bhd. Tahun 2019 merupakan tahun yang penuh bermakna buat KGSM Bhd apabila dinobatkan antara 100 koperasi terbaik di Malaysia. KGSM Bhd berjaya melonjakkan kedudukannya daripada tangga ke-34 kepada tempat ke-19 pada tahun ini. Kejayaan mencetak nama ke-19 ini telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Koperasi Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak pada 6 September 2019.

Akhir kata, saya berdoa agar KGSM Bhd terus relevan mengharungi kerenah pemain ekonomi dalam industri revolusi 4.0 yang semakin mencabar.

Sekian, terima kasih.




MUSLIM BIN AHMAD
Pengerusi KGSM Bhd.