Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL


BERITA KGSM : BERITA KGSM BHD. KELUARAN KE 34* 2008
Posted by admin on 2008/2/15 12:08:12 (622 reads)

BERITA KGSM BHD. KELUARAN KE 34* 2008

Hari Koperasi Negara 2007 telah diadakan dengan jayanya pada 22 Julai, 2007 di Dewan Merdeka, Pusat Dengangan Dunia Putra (PWTC) bertemakan "Menperkasakan keusahawanan Koperasi".

Tema ini amatlah bersesuaian bagi mengubah minda sebahagian anggota-anggota koperasi yang beranggapan bahawa koperasi hanyalah merupakan tempat mendapatkan pinjaman peribadi semata-mata.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebenarnya telah banyak menyediakan ruang kepada Koperasi-koperasi di Negara ini dengan menyediakan peruntukan dan dana serta peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan untuk diceburi sebagai nilai tambah kepada pembangunan sesebuah koperasi.

Justeru dalam hal yang berkaitan, ALK KGSM Bhd. akan sentiasa mengambil tahu perkembangan gerakan yang di maksudkan agar tidak ketinggalan dan akan sentiasa mengambil bahagian secara aktif dalam apa jua aktiviti berkaitan.

Kepercayaan para anggota KGSM Bhd. ke atas kepemimpinan yang sedia ada amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend