Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL


BERITA KGSM : Notis Penangguhan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke- 87
Posted by admin on 2016/8/26 18:57:13 (201 reads)

Kepada Semua Perwakilan dan Anggota KGSM Bhd

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-87 yang telah dijadualkan pada 23hb dan 24hb September 2016 terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang tidak dijangka berlaku dalam penukaran sistem komputer yang lama kepada sistem komputer yang baharu. Tarikh MAPT yang baharu dicadangkan pada 18hb dan 19hb November 2016. Penangguhan ini terpaksa dilakukan bagi memastikan semua akaun dapat diaudit oleh juruaudit luar sebelum buku laporan kewangan 2015 dapat dikeluarkan.

Setelah segala urusan berkenaan dapat disiapkan, pihak KGSM Bhd akan memaklumkan tarikh, masa dan tempat MAPT Kali Ke-87 yang akan diadakan.

Semua Anggota Lembaga KGSM Bhd memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Setiausaha Kehormat
Koperasi Guru-Guru Sekolah Malaysia Bhd

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend