Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL


BERITA KGSM : PEMBERITAHUAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-87 KGSM
Posted by admin on 2016/4/11 11:57:11 (340 reads)

Untuk perhatian semua perwakilan dan anggota KGSM Bhd yang dihormati,

PEMBERITAHUAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-87 KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA BERHAD (KGSM BHD)

[MORE DETAIL]


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-87 yang sepatutnya dilaksanakan pada 24/06/2016-26/06/2016 telah ditangguhkan kepada 23/09/2016-25/09/2016 kerana laporan akaun kewangan berakhir 31/12/2015 belum siap diaudit sepenuhnya oleh Juruaudit Luar. Hal ini berlaku demikian kerana penukaran sistem komputer KGSM Bhd iaitu daripada Sistem WANG (sistem lama) kepada sistem baharu yang menggunakan Microsoft Sequal Server 2012. Pemindahan data-data daripada sistem lama (yang sudah bertimbun berpuluh-puluh tahun) kepada sistem baharu merupakan satu proses yang sangat rumit. Pengesahan kesahihan data-data dalam sistem baharu yang begitu banyak memerlukan tenaga kerja dan masa yang lama kerana operasi perniagaan KGSM Bhd melibatkan pelbagai transaksi.

Segala kerumitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend