Home News About KGSM Activity Form Contact
Main Menu
KGSM PORTAL


NEWS : QUESTION AND ANSWER
Posted by admin on 2019/9/25 8:16:06 (605 reads)

Question And Answer

[Baca Seterusnya...]



PERSARAAN WAJIB/PILIHAN SENDIRI

1. Apabila anggota bersara wajib/bersara pilihan sendiri apakah tindakan yang selanjutnya perlu diambil oleh anggota ?

1.2 Dua bulan sebelum anggota bersara wajib pada had umur 60 tahun, KGSM Bhd. akan mengirimkan
(i) borang jawapan untuk meneruskan keanggotaan bersara dan
(ii) borang permohonan hadiah persaraan (Kumpulan Wang Kebajikan Am) kepada anggota dan perlu mengembalikan borang-borang berkaitan kepada KGSM Bhd. dengan kadar segera.

1.3 Anggota yang akan bersara pilihan perlu memaklumkan kepada KGSM Bhd. setelah anggota menerima surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) atau salinan surat opsyen.

1.4 Anggota perlu memberikan satu salinan kad pengenalan dan juga salinan buku/penyata bank kepada pihak KGSM Bhd.


KES MENINGGAL DUNIA

2. Apakah yang harus dilakukan oleh waris/penama apabila anggota telah meninggal dunia ?


2.1 Waris anggota perlu memaklumkan secara rasmi tentang kematian anggota (melalui surat) dan perlu sertakan salinan sijil kematian anggota yang telah disahkan (oleh mana-mana pihak).

2.2 KGSM Bhd akan mengirimkan borang kepada waris untuk tuntutan daripada Kumpulan Wang Khairat Kematian @ RM1,000.00 (layak untuk anggota yang masih berkhidmat sahaja) dan borang tuntutan Tabung Bantuan Kebajikan Am (Tbka) @ RM2,000.00 untuk dilengkapi dan perlu mengembalikan borang-borang berkaitan kepada KGSM Bhd. dengan kadar segera.

2.3 Waris perlu memberikan juga salinan kad pengenalan simati, salinan kad pengenalan waris dan salinan buku/penyata bank waris kepada pihak KGSM Bhd.

2.4 Bagi yang tidak ada menamakan sebarang waris/penama di KGSM Bhd. maka waris perlu mendapatkan ‘surat kuasa’ dari Amanah Raya Berhad atau Pentadbir Pusaka (negeri masing-masing).


3. Bolehkah seseorang anggota itu meneruskan keanggotaan di KGSM Bhd. selepas bersara ?


3.1 Boleh dengan syarat anggota perlu mengekalkan minimum simpanan yuran RM500.00 dan minimum syer RM100.00.

3.2 Anggota bersara perlu meneruskan pembayaran caruman Tabung Bantuan Kebajkan Am (Tbka) @ RM2.00 sebulan.


4. Bolehkah bekas anggota KGSM Bhd. menganggotai semula KGSM Bhd. buat kali kedua setelah berhenti daripada KGSM Bhd. ?


4.1 Boleh menganggotai semula dengan syarat mereka masih lagi berkhidmat dengan ‘Kementerian Pelajaran Malaysia’ dan bukannya seorang yang muflis.


5. Apakah insentif yang boleh diperoleh anggota KGSM Bhd. apabila dapat merekrut anggota baharu ?


5.1 Insentif sebanyak RM20.00 akan dibayar kepada anggota yang berjaya merekrut anggota baharu dan insentif tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan khas anggota.


6. Bilakah simpanan yuran dan lain-lain simpanan boleh diambil oleh anggota KGSM Bhd. ?


6.1 Kesemua simpanan yuran dan lain-lain simpanan akan dibayar kepada anggota apabila mereka bersara atau berhenti.

6.2 Anggota yang telah bersara segala simpanan yuran dan lain simpanan akan dikembalikan kepada anggota dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga.

6.3 Anggota yang berhenti daripada KGSM Bhd segala simpanan yuran dan lain-lain simpanan hanya akan dikembalikan kepada anggota selepas 6 bulan daripada permohonan pemberhentian diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga.

6.4 Anggota yang tidak mempunyai baki pinjaman di KGSM Bhd., boleh mengeluarkan 90% daripada simpanan yuran (mengikut aturan-aturan yang telah di tetapkan oleh KGSM Bhd.) iaitu
(i) membeli rumah/membeli tanah/mendirikan rumah di atas tanah sendiri
(ii) fi pendidikan
(iii) fi perubatan dan
(iv) fi mahkamah.



7. Bilakah seseorang anggota KGSM Bhd. itu boleh mengeluarkan caruman premium insurans Sunlife ?


7.1 Caruman premium insurans Sunlife secara automatiknya akan matang pada had umur 56 tahun.

7.2 Sekiranya anggota ingin menamatkan caruman premium insurans pada had umur 55, maka anggota perlu memaklumkan secara rasmi (melalui surat) kepada KGSM Bhd. (tertakluk kepada polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh KGSM Bhd.).

7.3 Bagi anggota yang akan bersara pilihan di bawah umur 55 tahun, anggota perlu mengemukakan salinan surat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan).



7.4 Dua bulan sebelum tarikh matang (56 tahun) KGSM Bhd. akan mengirimkan surat kepada anggota-anggota yang terlibat untuk memaklumkan tentang kematangan premium insurans Sunlife. Anggota perlu memberikan nama bank/nombor akaun bank/nombor telefon bimbit di dalam borang yang telah disediakan.

7.5 Pemulangan balik premium insurans Sunlife hanya akan dibayar kepada anggota selepas KGSM Bhd. menerima bayaran daripada Syarikat Insurans Sunlife Malaysia (tempoh 2-3 bulan).

7.6 Sekiranya anggota meninggal dunia dan anggota ada menyertai premium ini, maka KGSM Bhd. akan memaklumkan kepada Syarikat Insurans Sunlife dengan melampirkan satu salinan sijil kematian anggota yang telah disahkan.

7.7 Setelah KGSM Bhd menerima bayaran tuntutan kematian daripada Syarikat Insurans, maka KGSM Bhd akan membuat bayaran terus kepada waris/penama (dengan merujuk kepada borang penamaan anggota).


8. Bilakah seseorang anggota KGSM Bhd. itu boleh mengeluarkan caruman premium Pelan Etiqa Takaful Keluarga Mutiara Plus 1 ?


8.1 Anggota yang meneruskan keanggotaan di KGSM Bhd. sebagai anggota bersara, mereka boleh meneruskan pembayaran caruman premium ini sehingga had umur 66 tahun.

8.2 Sekiranya anggota berhenti daripada KGSM Bhd. bersara maka nilai penyerahan semula premium adalah sebanyak 44 % daripada jumlah sumbangan terkumpul oleh anggota.

8.3 Sekiranya anggota meninggal dunia tuntutan kematian akan dibayar terus ke akaun waris/penama anggota oleh Syarikat Insurans Pelan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1 (dengan merujuk borang permohonan insurans yang telah dihantar kepada Syarikat Insurans Etiqa Takaful).


9. Apakah yang perlu dilakukan olah anggota yang akan bersara/ingin berhenti dan masih mempunyai baki pinjaman apa yang perlu dilakukan ?


9.1 Anggota yang akan bersara/berhenti daripada KGSM Bhd. tetapi masih mempunyai baki pinjaman perlu menjelaskan keseluruhan baki pinjaman tersebut dengan kadar segera, kecuali simpanan yuran anggota mencukupi untuk menjelaskan baki pinjaman.

9.2 Sekiranya salah seorang penjamin anggota bersara/meninggal dunia/berhenti, maka peminjam perlu mendapatkan penjamin yang baharu dengan kadar segera.


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend